18 Januari 2011, saya sekeluarga dikejutkan dengan berita sedih. Pakcik saya, Cik Onn telah pergi meninggalkan kami semua. Emak yang cukup sedih, selalunya setiap tahun Cik Onn akan datang beraya ke rumah kami setiap kali Aidilfitri. Tapi tahun lepas, arwah tak datang, kerana masalah kesihatan yang dialami. Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, saya diberitahu keadaan arwah sedang tenat. Ketika itu,saya tahu, saya perlu bersedia mendengar sebarang kemungkinan.
Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada November 2010. Sempat juga arwah tengok Fakhri. Masa tu keadaan arwah pun tak berapa sihat, sebab arwah memang ada parkinson. Salah satu sebab arwah pergi pun sebab parkinson dah sampai ke otak. Dalam ramai2 adik beradik emak (emak saya yang sulung, arwah no. 2, adik beradik seibu sebapa, emak saya ada 4 org adik lelaki), arwah adalah yang pertama meninggalkan kami semua.
Emak sedih, sangat sedih. Sebab memang emak dan adik beradik lain sangat rapat. Emak selalu cerita kehidupan dulu2 bersama adik2 dia. Susah senang mereka adik beradik. Emak cerita dulu arwah jual kad raya untuk cari duit menampung hidup mereka adik beradik. Saya dan adik beradik lain pun sedih, tapi kami tahu kami perlu redha. Saya cakap pada emak, (masa dia sedih sgt2), kita perlu tingkatkan tahap redha kita, mati itu pasti, kita perlu yakin masanya telah sampai untuk dia pergi buat selama-lamanya. Kerana kita ini hakNya, maka kepadaNya jua kita kembali.
Takziah buat seluruh keluarga arwah Onn bin Shafiee. Semoga Allah menenempatkan arwah di dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....
"Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu."
(Riwayat Al-Hakim dan Al Baihaqi)