Saya jadi kurang untuk meng'update' status facebook saya. Hanya suka membaca status kawan-kawan dan saudara mara yang terdekat. Saya sukar sekali untuk berkata sesuatu di facebook akhir-akhir ini, walaupun sebenarnya ada bicara yang boleh saya kongsikan. Terkadang saya merasa terlalu terbuka untuk mendedahkan sesuatu mengenai diri saya, dan itu membuatkan saya sendiri tidak selesa mengenainya. Dek kerana itu facebook saya selalu tidak ter'update'.
Saya jadi kurang teruja pada sesuatu perkara yang selalunya menjadi keterujaan orang lain. Bekerja dalam organisasi yang dikelilingi kemudahan teknologi dan memaksa saya untuk mengetahui serba sedikit tentang kemudahan tersebut membuatkan saya sudah terlalu biasa mengenainya. Saya tidak teruja untuk menggunakan komputer berjenama Macintosh atau mahu memiliki iPad (whatever versionnya), walaupun saya sendiri telah diberi peluang untuk belajar menggunakannya. Saya tidak beriya-iya untuk membuat akaun di MySpace dan Twitter walaupun kebanyakan mereka yang saya kenal mempunyai akaun tersebut. Minta2 lah supaya saya tidak dikategorikan sebagai manusia yang anti sosial atau anti teknologi dek kerana perkara ini. Saya juga harap agar saya tidak dikategorikan sebagai manusia yang tidak mahu menerima perubahan dengan ledakan teknologi yang ada sekarang ini.
Saya kira usia yang menginjak ke angka 30 membuatkan saya berkeadaan begini. Tidak terlalu beriya2 apabila mengetahui sesuatu yang baru, biasa-biasa sahaja (ada 2 kemungkinan, yg pertama mungkin saya belajar untuk bersederhana dalam segala segi atau kedua saya tk ambil pusing dengan apa yg berlaku). Ohhh... janganlah saya terjatuh dalam kategori kedua itu :)
Umur itu sekadar angka, sekadar pertambahan tetapi bagi saya biarlah ia menggambarkan kematangan, keseriusan dan pengalaman dalam melihat dan menilai sesuatu. Kehidupan ini panjang, saya telah merasakan ada sesuatu yang telah terlambat untuk saya kecapi sepanjang bernafas selama 30 tahun ini. Saya masih berusaha ke arah itu. Sebelum nafas terhenti, sebelum nyawa dicabut dan sebelum roh menemui Ilahi, saya sangat berharap supaya tidak ada sesuatu yang terlepas dalam hidup saya.
Mohon Allah panjangkan umur saya, mengurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan apa yang saya ingini ketika ini. Semoga kesempatan, peluang dan kemudahan diberi kepada saya untuk berbuat demikian. Semoga saya dapat tinggalkan kehidupan ini tanpa rasa kesal dan kecewa. Saya berusaha dan saya menanti saat itu... Ameen....
No comments:
Post a Comment