Gratitude helps you to grow and expand.
Gratitude brings joy and laughter into your lives
and into the lives of all those around you.

Friday, October 7, 2011

Kehidupan : Ada Apa Pada Cemuhan Dan Kritikan?

Entri ini adalah untuk saya memperlihat dan membaiki diri, selebihnya sekiranya bermanfaat untuk yg lain yg membaca blog ini (kalau ada hehehhehe) saya ucapkan syukur, sebahagian perkara yg baik telah disampaikan. Kredit to langitilahi.com atas segalan entri yang membantu memperkasakan jiwa.

Kenapa kita perlu tertekan dengan cemuhan dan kritikan orang lain terhadap kita? Adakah kita terlalu sempurna hingga tidak ada sedikitpun kesilapan pada diri kita?

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik insan pun dicemuh dan dihina bahkan disakiti. Begitu banyak kritikan dan fitnah yang ditujukan pada dirinya namun semua ini tidak sedikitpun memberi kesan terhadap kerja-kerja dakwah dan mendidik manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT.

Jika manusia yang begitu mulia bahkan kekasih Allah SWT pun dicemuh dan dikritik, jadi bagaimana dengan kita sebagai manusia biasa? Tentunya kita tidak akan terselamat sedikitpun daripada cemuhan dan kritikan  apatah lagi jika kita termasuk orang yang ingin malakukan kebaikan dan perubahan pada masyarakat.
Tidak seharusnya cemuhan dan kritikan yang ditujukan kepada kita diberi hak untuk menganggu gugat jiwa dan kehidupan kita.

Kritikan itu adalah sebahagian dari warna yang menghiasi perjalanan kehidupan kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih indah dan menarik. Jadi segalanya bergantung kepada sikap kita dalam menerima cemuhan dan kritikan. Kita tidak mungkin dapat mengunci lidah manusia dari berkata-kata sesuatu yang kita tidak suka tetapi kita boleh belajar untuk menerima segalanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Jika kritikan itu benar, maka terimalah dan lakukan perubahan pada diri kita. Jika kritikan itu salah maka abaikanlah ia; kita tidak akan rugi apa-apa. Rezeki kita tidak akan berkurang kerana kebencian orang kepada kita. Kita pun tidak menjadi hina kerana cercaan manusia kerana yang memuliakan dan menghinakan kita adalah Allah. Jika Allah ingin membuka keaiban kita tentu kita akan lebih hina dari daripada hinaan dan cercaan manusia kerana itu hakikat kita sebagai hamba, sentiasa lali dan terjerumus dosa.

Jadi setiap kali kita dihina serahkanlah segala kepada Allah dan berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk memperbaiki diri. Jika kita dipuji mohonlah pengampunan kepada Allah terhadap dosa dan kehinaan kita yang tidak diketahui oleh orang lain.

Wednesday, October 5, 2011

Al- Fatihah

Kali pertama mengenalinya menerusi novel Ayahanda yang saya miliki ketika zaman persekolahan dahulu. Ketika membaca Ayahanda, saya kira itu adalah salah satu novel yang saya miliki yang lari dari tema kebanyakan novel yang saya ada ketika itu. Temanya jujur, mungkin sedikit berat untuk difahami namun ianya sangat dekat dan berkesan di hati. Saya hanya ingin mengetahui siapa yang menulis novel sebegitu, dulu sukar rasanya seorang penulis mahu berkomunikasi dengan pembaca, tiada kemudahan seperti blog, facebook dan sebagainya. Hari ini saya dapat lihat peluang untuk menemui penulis secara terus dengan pembaca telah terbuka luas, selain pameran buku yang besar yang menampilkan penulis itu sendiri. 

Pada penghujung tahun 2009 saya menemui laman blog Allahyarham. Dan sejak itu saya menjadi follower pada kebanyakan entri yang dibuat. 'Tukya' (gelaran yang selalu digunakan dalam blognya) melihat masyarakat dalam tulisannya. Sinis tetapi jujur, benar tetapi kadangkala pahit dan adanya kasih dan sayang walau kadangkala kasar bunyinya. Perjalanan menerusi blog menemukan saya dengan 'Jiwa Hamba' , cetusan fikiran dari diri Allahyarham dan juga S. M Mohammed Idris. Jiwa Hamba mengangkat martabat manusia sebagai sebaik2 kejadian, ada kemuliaan di sisinya dan tidak sepatutnya dibelenggu dengan cara hidup dan sistem sosial yang dibuat sehingga menyebabkan kebanyakan manusia terutama umat Islam merasa rendah diri dan berjiwa hamba. 

Awal penemuan saya dengan 'Jiwa Hamba', saya kira ia satu buku pandangan peribadi biasa, saya hanya tertarik pada tajuk buku tersebut sahaja, (untuk saya, kalau nak beli sesebuah buku tu, selalunya ada desakan dalaman yg kuat yg mendorong untuk saya membeli buku tersebut, kalau 2 3 kali belek tp desakan itu tiada, maknanya saya tk beli la buku tu :)). Saya tidak membaca sinopsis jiwa hamba, tetapi oleh kerana desakan dalaman itu ada, maka saya percaya buku ini sangat menarik untuk saya baca. Dan selalunya, memang jarang sangat saya silap :). Saya beli secara online, terus dari Allahyarham, yang pada masa itu sedang menjalani rawatan di hospital.

Tidak banyak novel2 beliau yang saya miliki sebenarnya, tetapi saya mengenali beliau melalui dua karyanya yang saya miliki dan juga tulisan dalam laman blognya. Ramai juga yang menyatakan novel beliau 'Seorang tua di kaki gunung' tidak kurang hebatnya. Mungkin saya mahu memilikinya satu hari nanti. Setiap tulisan diungkap secara telus, dan menggambarkan pendirian Allahyarham tentang sesuatu perkara. Sesungguhnya, Allahyarham sememangnya pejuang dalam rentaknya yang tersendiri.

Al-Fatihah, buat Allahyarham Azizi bin Hj Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada 21 Ogos 2011 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.