Gratitude helps you to grow and expand.
Gratitude brings joy and laughter into your lives
and into the lives of all those around you.

Sunday, November 14, 2010

Majlis perkahwinan Noor Haslan Sallehudin & Ruziyana Arepin

30 Oktober 2010, kawan saya Noor Haslan Sallehudin bertemu jodoh dengan pasangannya Ruziyana Arepin. Majlis diadakan di Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Dah bertahun rasanya saya tak ke Kota Tinggi ni, seingat saya masa kakak saya mengajar di Bandar Mas Kota Kota Tinggi, kebetulan pulak dekat dengan Papan Timur ni. Saya suka jalan masuk ke Felda ni, banyak pokok-pokok merimbun kiri dan kanan jalan, suasana tak berubah seperti satu masa saya pernah ke sana dahulu. Saya pergi majlis sebelah perempuan, nak pergi ke Tangkak jauh sangat, lagi nk bawa baby Fakhri, saya pergi yang dekat je la ye..... hehhehe

Ini gambar-gambar pengantin bersanding. Ada outdoor jgk, sangat cantik gambar outdoornya. Kawan saya ni kecik je, isteri pun kecik molek, bersanding macam pengantin budak-budak pulak :), comel2 je dua2.


Gambar outdoor di Batu Layar Kota Tinggi oleh Azra Azizi Elias

Kad jemputan, ada gambar kartun lagi....

Makan damai, (sgt berkenan deko buah-buahan tu :))


Untuk Lan dan Yana, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah :)


















Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Jadi


Hari ini hari jadi saya. Syukur Alhamdulillah, Thank you Allah for giving me another year untuk terus hidup bernafas di bumi ini.

Terima kasih mak dan abah, yang menjadi perantara dan melahirkan saya ke dunia ini. Sesungguhnya walau dengan apa sekalipun tak mampu untuk saya balas segala penat lelah, keperitan, kesusahan sewaktu membesarkan saya.

Terima kasih untuk suami Julfiadi bin Maskor, yang selalu memahami, yang selalu sabar dan melayan karenah-karenah saya. InsyaAllah saya sentiasa berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal ke hujung nyawa , dilimpahi cinta dan kasih sayang dan diberkati Allah selalu.

Terima kasih Fakhri Ahmad Ziqri bin Julfiadi, kerana menjadi anak yang sentiasa membuat hati mak gembira, rindu padamu. Mak sentiasa berdoa agar dirimu dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

Terima kasih buat sepupu-sepupu, rakan-rakan yang menulis di wall facebook saya, ucapan dan doa kalian sangat-sangat saya hargai. Semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan antara kita kekal ke akhir hayat.

Terima kasih Hazida Binti Abdul Razak, kerana sentiasa berusaha memperbaiki diri dari hari ke hari, membuat yang terbaik dalam kehidupan dan tidak mengalah pada keperitan . Semoga dapat istiqomah dalam mempertingkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Sesungguhnya hidup ini penuh liku dan ranjau, maka tabahlah. Semoga beroleh keberkatan dari yang Maha Esa.

Terima kasih, syukran Ya Rahman. TanpaMU siapalah aku.

Friday, October 29, 2010

Sejarah dan Patriotisme

Jarang-jarang sekali kita mahu mengingati sejarah dan patriotisme, kecuali bila tiba 31 Ogos setiap tahun. Pada masa itu barulah sejarah Malaysia diingati semula, kisah penjajah diletak sama dengan berita utama dan juga keluarlah drama-drama berunsur kemerdekaan. Masa itu barulah kita merasa di tahap mana semangat patriotisme dalam diri masing-masing.

Berita yang saya baca pada hari ini sangat menyentak perasaan saya. Orang muda buta sejarah! Kenapa?

Hari kemerdekaan Malaysia pun ada yang tidak tahu... sungguh saya tidak sangka..... itulah rakyat Malaysia... dan saya salah seorang dari warganya. Amat menyedihkan....

Saya masih teringat sewaktu belajar subjek sejarah di sekolah. Memang.... ramai di antara kawan-kawan saya tidak pernah merasa seronok dengan subjek ini. Mereka lebih rela menekan-nekan butang kalkulator dari membelek-belek helai cerita sejarah. Pada mereka sejarah sesuatu yang lama, sukar nak menghafal fakta dan tiada yang penting. Sejarah cuma cerita basi, sultan yang zalim dan rakyat yang ditindas. Cuma itu-itu sahaja.

Kalau kita tahu sejarah, pastinya tak berlaku pergaduhan antara kaum Melayu dan India sedikit masa dahulu, kerana kita pasti perpecahan kaum hanya membawa keburukan seperti peristiwa berdarah 13Mei 1969.

Kalau kita fahami sejarah, pastinya kita selalu bersyukur, betapa sukar dan payah untuk memerdekakan diri di tanah dan bumi sendiri. Dan kalau kita belajar dari sejarah, pastinya kita tidak meniru gaya hidup hedonisme barat seperti yang berlaku pada remaja kita hari ini.

Sejarah bukan itu-itu sahaja. Tetapi di dalamnya terselit kehidupan, semangat, cabaran, jiwa dan roh yang harus diteladani untuk kehidupan akan datang. Sejarah itu pengalaman, pengajaran, teladan dan intipati untuk merentas alam.

Apabila kerajaan mengumumkan cuti umum pada setiap 16 September, saya kira itu sesuatu yang sangat baik. Sekurang-kurangnya warga Malaysia tahu satu lagi peristiwa bersejarah dalam negara sendiri. Dan apabila sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib, kita mengharapkan agar generasi muda hari ini lebih bersungguh-sungguh untuk mengetahui profil hidup Malaysia.

Soalan-soalan di bawah adalah soalan-soalan yang ditanya dalam satu soal selidik yang dijalankan oleh Utusan Malaysia. Sangat sedih jawapan-jawapan yang diberi... Hari Merdeka pun ada yang tidak tahu.

1. Tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia - 31 Ogos 1957

2. Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2010 - 1Malaysia Menjana Transformasi

3. Prinsip Rukun Negara Ketiga - Keluhuran Perlembagaan

4. Cogan kata negara - Bersekutu Bertambah Mutu

5. Tarikh penubuhan Malaysia - 16 September 1963

6. Lagu Kebangsaan Malaysia - Negaraku

7. Nama bendera kebangsaan Malaysia - Jalur Gemilang

8. Bilangan negeri di Malaysia - 14

9. Perdana Menteri Malaysia pertama - Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan)

10. Perdana Menteri Malaysia keenam - Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Maklumat lanjut di sini.

Kalau kita lupa, ada pelbagai cara untuk kita ingat. Kalau kita tidak tahu, ada bermacam kaedah untuk kita menjadi tahu. Jangan salahkan sistem pembelajaran yang tidak menarik, jangan menuding kepada dasar yang diamalkan sebelum ini, tetapi lihatlah ke dalam diri, setinggi mana hasrat kita untuk mengetahui dan mempelajari.

" Sejarah adalah guru yang baik hati. Kita banyak belajar darinya. Kita memarahinya tapi juga kita menyayanginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf... juga memperjelaskan kepada kita siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini...."
Shahnon Ahmad (Antologi Cerpen Seketul Hati Seorang Pemimpin)

Tuesday, October 26, 2010

Tempat tidur

Di tempat orang....

Senegal



Kenya



Phnom Penh, Cambodia



Kathmandu, Nepal



Yunnan, China



Rome, Italy


Tempat tidur Fakhri....

Fakhri bermain.....
Beza. Sangat berbeza. Ada orang yang jauh lebih teruk keadaannya di luar sana. Harus renungi, insafi dan syukuri apa yang kita ada selama ini.... :). Sumber lanjut di sini

Sunday, August 22, 2010

I'tiraf


Lagu I'tiraf dari kumpulan Raihan ini selalu saya nyanyikan untuk dodoian Fakhri. Kalau emak2 kita dulu, selalu dengan Lailahaillallah, saya kira lagu ini lebih menyentuh jiwa. Kalau lah kita dapat hayati setiap lirik dan bait lagu ini, nyatanya sebagai hamba banyak yang perlu ditekuni dan dilihat kembali dalam diri. Ini bait yang indah dan berkesan untuk dihayati oleh setiap anak-anak kita. Saya selalu tahu(walaupun belum sempat mengkaji secara detail), minda separuh sedar (subconcious mind) sangat aktif ketika tidur,(kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang kita lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu, (lihat http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/minda-separuh-sedar-subconcious-mind/).

Justeru, saya fikir lagu ini adalah satu sisi perancangan output yang baik untuk jiwa dan hatinya. Terkadang saya jadi gusar dan bimbang, untuk memikul tanggungjawab mendidik, membesarkan serta mendewasakan Fakhri dengan 'life skill' yang cukup ampuh untuk dia merentas dunia. Melihat dan meneliti setiap yang berlaku pada dunia hari ini, saya kira pengisian rohani adalah kunci untuk kita meneladani anak-anak supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan. Saya menjadi terlalu 'concern' apabila sudah bergelar ibu, kerana betul kata kebanyakan orang, kalau tak jadi ibu, takkan rasa susah payah, penat lelah dan kebimbangan seorang ibu. Sejak 24 Februari 2010 (kelahiran Fakhri) saya kira saya sudah merasa keadaan itu. Sesukar mana sekalipun, InsyaAllah saya dan abahnya tidak pernah merasa sukar, kerana inilah permata hati yang kami nantikan sebagai penyeri hidup kami :).

I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Saturday, August 14, 2010

Kluang Rail Coffee



Hari Isnin yang lepas saya terima kiriman dari sepupu saya, Nazatul Nadia dari segamat,Kluang Rail Coffee.

Saya minta pada sepupu saya sbb setiap kali dia ni balik Kluang, kawan2 dia ramai pesan kopi kluang ni, nk rasa la jgk sedapnya yang mcm masuk majalah 3 tu ye tk? hehhehe. anyway terima kasih la ye along, kirim kak zie kopi ni, free plak tu (sbb sampel kan, kena la free dulu).

Balik rumah saya cuba la buat kopi o ais. Sangat melekat dan pekat rasanya tp sedap :), mcm saya selalu minum kopi kat Restoran Lokman, makan nasi kerabu dengan minum kopi o ais. Kalau nk order kopi Kluang ni bleh la order ngan saya, dah ada MOU dgn sepupu saya, jadi agen Kluang Railway Coffee..... bole bisnes la pulak... apa salahnya, cuba2.... mari kita nikmati kopi o ais yang terangkat ni.

Friday, August 13, 2010

Pada 1 Ramadhan.....

Dada ayam goreng pedas


Sayur campur

Alhamdulillah... sempat menjenguk Ramadhan kali ini.....Ramadhan yang berbeza..... sambut bersama suami dan anak.... :) (Tahun lepas sambut bersama suami je.... ank masih dalam perut hehehhehehe)

Sempat la memasak 2 jenis juadah untuk berbuka puasa..... saya memang suka sayur campur mcm ni..... makan mcm tu je pun tkpe.

Lagi satu juadah main taram jek masak, dada ayam goreng pedas. Sedap jugak rupanya :). Bulan puasa.... perut lapo, hujan plak tu, apa-apa pun sedap la ye tk? ada lagi satu juadah, ikan bakar, masak kat bazar Ramadhan :), lupa nk ambik gambar, maklumlah ni entri pertama sejak sekian lama saya tidak update blog ini heheehhe. ni la cite 1 Ramadhan saya..... bsk2 nk buka apa plak ye..... (dah pikir plak teradvance, sahur pun blm lg huhuhuhu)