Gratitude helps you to grow and expand.
Gratitude brings joy and laughter into your lives
and into the lives of all those around you.

Friday, October 7, 2011

Kehidupan : Ada Apa Pada Cemuhan Dan Kritikan?

Entri ini adalah untuk saya memperlihat dan membaiki diri, selebihnya sekiranya bermanfaat untuk yg lain yg membaca blog ini (kalau ada hehehhehe) saya ucapkan syukur, sebahagian perkara yg baik telah disampaikan. Kredit to langitilahi.com atas segalan entri yang membantu memperkasakan jiwa.

Kenapa kita perlu tertekan dengan cemuhan dan kritikan orang lain terhadap kita? Adakah kita terlalu sempurna hingga tidak ada sedikitpun kesilapan pada diri kita?

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik insan pun dicemuh dan dihina bahkan disakiti. Begitu banyak kritikan dan fitnah yang ditujukan pada dirinya namun semua ini tidak sedikitpun memberi kesan terhadap kerja-kerja dakwah dan mendidik manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT.

Jika manusia yang begitu mulia bahkan kekasih Allah SWT pun dicemuh dan dikritik, jadi bagaimana dengan kita sebagai manusia biasa? Tentunya kita tidak akan terselamat sedikitpun daripada cemuhan dan kritikan  apatah lagi jika kita termasuk orang yang ingin malakukan kebaikan dan perubahan pada masyarakat.
Tidak seharusnya cemuhan dan kritikan yang ditujukan kepada kita diberi hak untuk menganggu gugat jiwa dan kehidupan kita.

Kritikan itu adalah sebahagian dari warna yang menghiasi perjalanan kehidupan kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih indah dan menarik. Jadi segalanya bergantung kepada sikap kita dalam menerima cemuhan dan kritikan. Kita tidak mungkin dapat mengunci lidah manusia dari berkata-kata sesuatu yang kita tidak suka tetapi kita boleh belajar untuk menerima segalanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Jika kritikan itu benar, maka terimalah dan lakukan perubahan pada diri kita. Jika kritikan itu salah maka abaikanlah ia; kita tidak akan rugi apa-apa. Rezeki kita tidak akan berkurang kerana kebencian orang kepada kita. Kita pun tidak menjadi hina kerana cercaan manusia kerana yang memuliakan dan menghinakan kita adalah Allah. Jika Allah ingin membuka keaiban kita tentu kita akan lebih hina dari daripada hinaan dan cercaan manusia kerana itu hakikat kita sebagai hamba, sentiasa lali dan terjerumus dosa.

Jadi setiap kali kita dihina serahkanlah segala kepada Allah dan berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk memperbaiki diri. Jika kita dipuji mohonlah pengampunan kepada Allah terhadap dosa dan kehinaan kita yang tidak diketahui oleh orang lain.

Wednesday, October 5, 2011

Al- Fatihah

Kali pertama mengenalinya menerusi novel Ayahanda yang saya miliki ketika zaman persekolahan dahulu. Ketika membaca Ayahanda, saya kira itu adalah salah satu novel yang saya miliki yang lari dari tema kebanyakan novel yang saya ada ketika itu. Temanya jujur, mungkin sedikit berat untuk difahami namun ianya sangat dekat dan berkesan di hati. Saya hanya ingin mengetahui siapa yang menulis novel sebegitu, dulu sukar rasanya seorang penulis mahu berkomunikasi dengan pembaca, tiada kemudahan seperti blog, facebook dan sebagainya. Hari ini saya dapat lihat peluang untuk menemui penulis secara terus dengan pembaca telah terbuka luas, selain pameran buku yang besar yang menampilkan penulis itu sendiri. 

Pada penghujung tahun 2009 saya menemui laman blog Allahyarham. Dan sejak itu saya menjadi follower pada kebanyakan entri yang dibuat. 'Tukya' (gelaran yang selalu digunakan dalam blognya) melihat masyarakat dalam tulisannya. Sinis tetapi jujur, benar tetapi kadangkala pahit dan adanya kasih dan sayang walau kadangkala kasar bunyinya. Perjalanan menerusi blog menemukan saya dengan 'Jiwa Hamba' , cetusan fikiran dari diri Allahyarham dan juga S. M Mohammed Idris. Jiwa Hamba mengangkat martabat manusia sebagai sebaik2 kejadian, ada kemuliaan di sisinya dan tidak sepatutnya dibelenggu dengan cara hidup dan sistem sosial yang dibuat sehingga menyebabkan kebanyakan manusia terutama umat Islam merasa rendah diri dan berjiwa hamba. 

Awal penemuan saya dengan 'Jiwa Hamba', saya kira ia satu buku pandangan peribadi biasa, saya hanya tertarik pada tajuk buku tersebut sahaja, (untuk saya, kalau nak beli sesebuah buku tu, selalunya ada desakan dalaman yg kuat yg mendorong untuk saya membeli buku tersebut, kalau 2 3 kali belek tp desakan itu tiada, maknanya saya tk beli la buku tu :)). Saya tidak membaca sinopsis jiwa hamba, tetapi oleh kerana desakan dalaman itu ada, maka saya percaya buku ini sangat menarik untuk saya baca. Dan selalunya, memang jarang sangat saya silap :). Saya beli secara online, terus dari Allahyarham, yang pada masa itu sedang menjalani rawatan di hospital.

Tidak banyak novel2 beliau yang saya miliki sebenarnya, tetapi saya mengenali beliau melalui dua karyanya yang saya miliki dan juga tulisan dalam laman blognya. Ramai juga yang menyatakan novel beliau 'Seorang tua di kaki gunung' tidak kurang hebatnya. Mungkin saya mahu memilikinya satu hari nanti. Setiap tulisan diungkap secara telus, dan menggambarkan pendirian Allahyarham tentang sesuatu perkara. Sesungguhnya, Allahyarham sememangnya pejuang dalam rentaknya yang tersendiri.

Al-Fatihah, buat Allahyarham Azizi bin Hj Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada 21 Ogos 2011 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.



Wednesday, May 25, 2011

Tuhan Manusia

Tajuk : Tuhan Manusia
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Lama dah habis baca buku ni, baru sekarang review nak dibuat. Kisah Tuhan Manusia bukan kisah yang ringan, tetapi sentiasa mengajak akal untuk berfikir dengan kritis, luar dari hal-hal lain yang tidak penting. Memang ia sebuah novel, tetapi novel ini intinya sarat, tumpuannya berat, bukan santai-santai saya kira.

Memahami pluralisme dan liberalisme agama bukan sesuatu yang mudah. Juga bukan untuk kita fahami semata-mata, tetapi untuk kita teliti aganda-agenda yang terselindung di sebaliknya. Ini adalah propaganda terhebat dari barat semata - mata untuk kita merasa ragu pada Islam, merasa tidak senang dengan hukum hakam, merasa bahawa peraturan tidak bisa mengawal kehidupan kerana manusia diberi kebebasan sebebas-bebasnya untuk memilih jalan hidup, memilih tatacara dan juga memilih agama yang dirasakan senang, mudah dan sesuai mengikit logik akal semata-mata, tanpa perlu berpandu pada asas akidah dan iman dalam Islam.

Begitulah Tuhan Manusia mengajar khalayaknya. Menerusi watak Alif Fikri, zaman remajanya tidak betah dengan suka-suka. Tetapi hatinya selalu tertanya-tanya, akalnya selalu mencari-cari apakah semua agama itu menyatakan kebenaran. Apakah tuhan itu satu, dan dalam masa yang sama tuhan itu tiga juga adalah benar.  Wabak liberalisme dan pluralisme inilah sebenarnya yang membawa penyakit menyatakan kebenaran ini, sehingga abang sendiri turut menjadi mangsa penyakit pluralisme, bila mana memilih jalan untuk menjadi murtad. 

Pertembungan antara pemikiran Islam dan pemahaman pluralisme serta liberalisme dengan rakan sekelas Alif membawa perdebatan yang sangat menarik. Saya kira zaman remaja Alif Fikri bukan masa yang sia-sia, bukan masa suka-suka, tetapi penuh rencahnya. Kalau pun tidak sinonim dengan remaja lain, tetapi pengalaman itu cukup berharga.

Selalunya novel itu santai, tetapi tidak pada Tuhan Manusia. Ini novel kedua dalam banyak koleksi novel saya yang saya kira letih membacanya kerana tumpuannya berat. Kali pertama saya pernah membaca novel IMAM karya SN Abdullah Hussain. Macam baca buku ilmiah, sangat rinci isinya.

Tuhan Manusia harus dimiliki oleh semua, kerana ia bukan sekadar cerita, tetapi ia adalah pengisian rohani yang cukup utuh dalam menghadapi cabaran kehidupan hari ini.



Bila Usia Menjengah Senja....

Saya jadi kurang untuk meng'update' status facebook saya. Hanya suka membaca status kawan-kawan dan saudara mara yang terdekat. Saya sukar sekali untuk berkata sesuatu di facebook akhir-akhir ini, walaupun sebenarnya ada bicara yang boleh saya kongsikan. Terkadang saya merasa terlalu terbuka untuk mendedahkan sesuatu mengenai diri saya, dan itu membuatkan saya sendiri tidak selesa mengenainya. Dek kerana itu facebook saya selalu tidak ter'update'.

Saya jadi kurang teruja pada sesuatu perkara yang selalunya menjadi keterujaan orang lain. Bekerja dalam organisasi yang dikelilingi kemudahan teknologi dan memaksa saya untuk mengetahui serba sedikit tentang kemudahan tersebut membuatkan saya sudah terlalu biasa mengenainya. Saya tidak teruja untuk menggunakan komputer berjenama Macintosh atau mahu memiliki iPad (whatever versionnya), walaupun saya sendiri telah diberi peluang untuk belajar menggunakannya. Saya tidak beriya-iya untuk membuat akaun di MySpace dan Twitter walaupun kebanyakan mereka yang saya kenal mempunyai akaun tersebut. Minta2 lah supaya saya tidak dikategorikan sebagai manusia yang anti sosial atau anti teknologi dek kerana perkara ini. Saya juga harap agar saya tidak dikategorikan sebagai manusia yang tidak mahu menerima perubahan dengan ledakan teknologi yang ada sekarang ini. 

Saya kira usia yang menginjak ke angka 30 membuatkan saya berkeadaan begini. Tidak terlalu beriya2 apabila mengetahui sesuatu yang baru, biasa-biasa sahaja (ada 2 kemungkinan, yg pertama mungkin saya belajar untuk bersederhana dalam segala segi atau kedua saya tk ambil pusing dengan apa yg berlaku). Ohhh... janganlah saya terjatuh dalam kategori kedua itu :)

Umur itu sekadar angka, sekadar pertambahan tetapi bagi saya biarlah ia menggambarkan kematangan, keseriusan dan pengalaman dalam melihat dan menilai sesuatu. Kehidupan ini panjang, saya telah merasakan ada sesuatu yang telah terlambat untuk saya kecapi sepanjang bernafas selama 30 tahun ini. Saya masih berusaha ke arah itu. Sebelum nafas terhenti, sebelum nyawa dicabut dan sebelum roh menemui Ilahi,  saya sangat berharap supaya tidak ada sesuatu yang terlepas dalam hidup saya. 

Mohon Allah panjangkan umur saya, mengurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan apa yang saya ingini ketika ini. Semoga kesempatan, peluang dan kemudahan diberi kepada saya untuk berbuat demikian. Semoga saya dapat tinggalkan kehidupan ini tanpa rasa kesal dan kecewa. Saya berusaha dan saya menanti saat itu... Ameen....


Monday, April 4, 2011

Gemilang

Sangat lama tidak update ini blog. susah nk update bila balik rumah, Fakhri sibuk sama nak update blog ini huuuwaaaa!!!!! Abis la sekuat2 tidak menekan keyboard ni, macam nak banting kayu api huhuhuhu. Ni pun tgh sibuk terjenguk2 ke bilik tengok mak dia buat apa.

Makin suka tengok cerita Gemilang ni kat TV3. Suka tengok spirit dalam cerita ni, kita mana la merasa susah payah nak membangun anak bangsa dulu. Boleh dapat Anugerah Skrin ni tahun depan, hohoho,jadi pengkritik bebas plak tiba-tiba :)

Banyak lagi entri pasal filem, drama dan novel yang nak dikongsi dalam blog ni, buat masa ni, ni je la yg sempat saya buat,  banyak tul entri tertangguh nih huhuhuhu. let's enjoy this song, suatu ketika by Adi Mentor for soundtrack Gemilang. 




Lirik Lagu Tema Gemilang TV3 (OST Gemilang) - Adi Mentor 4


Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..

Tuesday, February 15, 2011

Valentine's Day (VD)

14 Februari mungkin tarikh yang ditunggu2 oleh sesetengah orang, mahu melahirkan rasa sayang dan rasa cinta pada orang yang dikasihi. Signfikan sambutan Valentine’s Day di Malaysia seakan sudah sebati, ramai ternanti2.

Dalam sibuk2 menanti, harga bunga pun jadi mahal, harga coklat, teddy bear, dan seumpama dengannya yang boleh dijadikan tanda cinta dan sebagainya sangat2 memberi peluang kepada pengusaha dan peniaga di atas. Kesempatan, tak harus disia2kan :)

Apa sekalipun, kita memang telah banyak mendengar, membaca tetang VD. Budak2 remaja hari ini kalau sibuk nak sambut VD ni, bolehlah slow2 kita cakap dan terangkan, kenapa kita benar2 melarang sambutan sebegini. Tapi kalau budak2 kecik ni, umur 2 3 tahun baru nak kenal semua benda, sampai dewasa la mereka akan rasa signifikannya sambutan VD tu perlu dalam hidup mereka. 

Kenapa kita melarang? Itu bukan resam kita, bukan budaya kita, dan yang penting bukanlah itu cerminan agama kita. Islam menggalakkan kita berkasih sayang setiap hari, bukan merayakan pada hari2 tertentu. Saya pun dulu bercinta juga, tapi tkde maknanya VD2 ni, tambah dosa lagi ada la.

Tertarik dengan bicara Halaqah (Sejambak Bunga Cinta) pada 8 Februari 2011 yang lalu, di Malaysia VD ni pun dikenali dengan nama ‘No panties day’. Sebelum tiba 14 Februari, diadakan pelbagai sambutan  bagi menghangatkan lagi VD ni, kira VD adalah kemuncak pada sambutan2 sebelumnya. Saya pun tak sangka, begitu besarnya sambutan VD ni di Malaysia, sehingga ada hotel yang menwarkan pakej bermalam selepas sambutan VD ini diadakan. Mudah sangat kita ni terpengaruh, banyak sangat benda kita nak ikut barat tu huhuhuhu.

Di dalam kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

”  Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”. Maklumat lanjut di sini.

Dan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Maklumat lanjut di sini.

hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                       (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sudah terang lagi bersuluh, ada panduan untuk diikuti. Tak perlu kita beri alasan sambut VD secara suka2, kerana ianya jelas dilarang sama sekali walau dalam bentuk apa sekalipun.

Mungkin ada alternatifnya di sini. :)






Tuesday, February 1, 2011

Hujan oh hujan

Dah 2 3 hari ni hujan je, duduk berkurung dalam rumah je. Nak keluar jalan2 pergi bandar pun silap2 terperangkap jugak dalam banjir ni karang.... huhuhuhu... apa nk buat ni Fakhri? Kita duduk2 dalam rumah, baring2 tengok tv je la eh.....si kecik ni pun macam faham je, mentang2 le hujan, tak banyak kerenah pulak, main pun dah pandai main sendiri, penat baring minum susu.

Kampung saya pun mesti ada sesetengah tempat dah banjir, nasib baik rumah mak tak banjir. Teringat pulak masa banjir 2006 dulu, tak penah2 seumur hidup rumah kampung tu banjir, boleh pulak air naik sampai 3 mata tangga. Saya tkde kat umah masa tu, belajar lagi kat UiTM, balik tgk rumah dah bersih :), tapi abis la peti ais semua, dapur periuk belanga semua naik atas rumah.

Kalau banjir dulu bantuan lambat sampai terutama kat Segamat yang teruk tu, kali ni for sure cepat punye, sebab BN baru menang dekat Tenang. Macam tu la, tepat pada masanya hehehehhe. Harap2 tak seteruk 2006 dulu, untunglah kita yang tak ditimpa banjir ni.

p/s ADUN Tenang yang baru menang tu student DPA UiTM dulu.... hohoho cayalah :)

Friday, January 21, 2011

Perginya tak kembali

18 Januari 2011, saya sekeluarga dikejutkan dengan berita sedih. Pakcik saya, Cik Onn telah pergi meninggalkan kami semua. Emak yang cukup sedih, selalunya setiap tahun Cik Onn akan datang beraya ke rumah kami setiap kali Aidilfitri. Tapi tahun lepas, arwah tak datang, kerana masalah kesihatan yang dialami. Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, saya diberitahu keadaan arwah sedang tenat. Ketika itu,saya tahu, saya perlu bersedia mendengar sebarang kemungkinan.

Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada November 2010. Sempat juga arwah tengok Fakhri. Masa tu keadaan arwah pun tak berapa sihat, sebab arwah memang ada parkinson. Salah satu sebab arwah pergi pun sebab parkinson dah sampai ke otak. Dalam ramai2 adik beradik emak (emak saya yang sulung, arwah no. 2, adik beradik seibu sebapa, emak saya ada 4 org adik lelaki), arwah adalah yang pertama meninggalkan kami semua.

Emak sedih, sangat sedih. Sebab memang emak dan adik beradik lain sangat rapat. Emak selalu cerita kehidupan dulu2 bersama adik2 dia. Susah senang mereka adik beradik. Emak cerita dulu arwah jual kad raya untuk cari duit menampung hidup mereka adik beradik. Saya dan adik beradik lain pun sedih, tapi kami tahu kami perlu redha. Saya cakap pada emak, (masa dia sedih sgt2), kita perlu tingkatkan tahap redha kita, mati itu pasti, kita perlu yakin masanya telah sampai untuk dia pergi buat selama-lamanya. Kerana kita ini hakNya, maka kepadaNya jua kita kembali.

Takziah buat seluruh keluarga arwah Onn bin Shafiee. Semoga Allah menenempatkan arwah di dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....


"Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu."
(Riwayat Al-Hakim dan Al Baihaqi)