Gratitude helps you to grow and expand.
Gratitude brings joy and laughter into your lives
and into the lives of all those around you.

Thursday, December 30, 2010

Negeri 5 Menara


Penulis : A. Fuadi
Harga : Sem. Malaysia (RM 20.00) / Sabah/Sarawak (RM 23.00)

Ada satu buku yang sangat-sangat menarik perhatian saya untuk membacanya. Sampaikan saya tertunggu-tunggu bila mula terbit buku tersebut untuk saya hadam segala isi dalamnya.Membaca Negeri 5 Menara seolah-olah membaca sebuah buku illmiah.  Hampir setiap helaiannya penuh dengan maksud yang perlu saya fahami.

Apabila kita bicara tentang sekolah pondok, pandangan kita sangat tipikal. Pandangan kita terhad pada mengaji, solat dan ritual keagamaan. Saya juga begitu. Tetapi hakikatnya ada pada Negeri 5 Menara. Memberi sudut sisi yang mengangkat bahawa sekolah pondok bukan sahaja mengajar ilmu ukhrawi, tetapi 'life skill' (memetik seperti kata penulisnya, A.Fuadi) yang ampuh untuk menghadapi kehidupan.
Kisah enam orang sahabat yang bertemu di Pondok Madani (PM), yang kemudian sama-sama melakar impian dan cita-cita, dengan semangat 'Man jadda Wajadda' (Sesiapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya),mantera sakti di PM kemudian membawa mereka ke 5 benua impian masing-masing.


Bukan tentang sinopsis buku yang menjadi wajaran tulisan saya ketika ini. Tetapi setiap baris yang saya conteng dan gariskan di setiap inci sudut buku ini yang benar-benar menyentuh minda saya. Kerana dalam banyak keadaan, saya selalunya kurang sedar, kurang periksa, dalam menjalani kehidupan. Dan, mengembara ke dalam Negeri 5 Menara benar-benar membuat saya sedar, setiap saat dan ketika , susah dan senang Allah itu sentiasa ada bersama kita. Cuma kita sebagai umat, yang selalu lupa.


Mantera Man Jadda Wajadda  (siapa yang bersungguh2, dia berjaya) adalah laungan yang mendominasi seluruh kehidupan warga Pondok Madani. Cukup mudah untuk diingat, tafsiran ada pada diri. Untuk penguat  semangat, menjalar motivasi dalam diri untuk terus berusaha, sesungguhnya ini adalah perkataan yang tepat. Kalau setiap dari kita diajar untuk melalung-laung kata mantera berulang kali, tentunya ia dapat dipahat kejap-kejap dalam hati untuk buat bekalan sepanjang pengembaraan kehidupan. Lain rasanya kalau melaung dalam bahasa ibunda, perasaannya tidak sama, entah kenapa. Barangkali itulah indahnya bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Indah juga bila disebut dan difahami.

Alif Fikri, Atang, Raja, Said, Baso dan Dulmajid. Enam sahabat yang punya impian untuk pergi ke menara cita-cita masing-masing. Siapa tahu, angan-angan setiap dari mereka yang sering melakar awan di bawah bayang-bayang menara di PM, akhirnya benar-benar dapat membawa mereka menakluk benua impian masing-masing.

Usaha, kerja keras, kepercayaan, cara hidup, kata semangat dan tawakal bahawa Allah itu sentiasa mendengar setiap hajat dari hambanya adalah seluruh kehidupan yang diajar di PM. Mereka yakin, walau pendidikan di PM tidak menawarkan sebarang ijazah untuk mereka miliki kemudiannya, tetapi apabila seorang manusia itu dilengkapi dengan ilmu dan amal semata-mata kerana Allah, maka janji Allah 'kun fayakun' tidak pernah mengecewakan.

"Selain itu, ingat juga aturan di sini punya konsekuensi hukum yang berlaku tanpa pandang bulu. Sekiranya tidak dapat mengikuti peraturan, mungkin kalian tidak sesuai di sini. Semak baik-baik, tidak ada yang tertulis, kerana itu kalian perlu tulis dalam ingatan. Sesudah mendengar kanun, setiaporang tidak punya alasan tidak tahu ini adalah aturan."

"Akhi. Dengarkan baik-baik. Kita tidak mahu membuat peraturan tertulis banyak-banyak,lalu kemudian dilupakan dan tidak diterapkan.Kanun ini maksudnya supaya apa yang disebutkan dilaksanakan bersama. Memang tidak ada pengulangan kerana harapannya semua orang mencatat dalam hati masing-masing dan siap melaksanakannya".


"Akhi, sekarang semakin banyak orang menjadi tidak acuh pada kerosakan yang terjadi di sekitar mereka.kaedah jasus (mata-mata) adalah membangkitkan semangat supaya waspada dengan apa yang tidak kena dalam masyarakat.Penyimpangan perlu diluruskan.Itulah inti daripada kulil haqqa walau kaana murran. Katakanlah kebenaran walau itu pahit. Ini self correction, bagi menimbulkan kesan kesedaran. Dan yang paling penting,memastikan semua warga PM sedar sesedar sedarnya, supaya jangan meremehkan peraturan yang sudah dibuat. Sekecil apa pun, itulah peraturan dan peraturan itu ada bagi ditaati" jelas guru kelas kami panjang lebar kepada seisi kelas."
 

Ini adalah antara baris2 menarik  yang saya kira wajar untuk kita amati dan telusuri. Pengalaman saya, kadang-kadang  peraturan telah kita buat secara bertulis pun masih tidak dapat diamalkan sepenuhnya. Ada lagi orang yang bercakap tidak tahu dan tidak sedar, lupa dan sebagainya. Dan apabila teguran dibuat, mulalah kita mempersoalkan siapa dia orang yang menegur, apa pangkatnya, apa kuasanya untuk menegur kita. Tetapi kaedah melatih dalam PM seperti di atas memberikan gambaran bahawa walau sekecil mana peraturan sekalipun dibuat, ia adalah untuk tujuan kawalan, agar kesilapan tidak tersasar jauh, dan kekhilafan belum terlambat untuk diperbaiki.

Buku ini bukan sekadar kisah pondok pesantren, tetapi kisah kehidupan, bagaimana seharusnya dan sebaik2nya kita perlu menjelajah, meneroka dan mengembara dalam dunia yang sementara ini.









Monday, December 27, 2010

Minggu Rehat Saya

Saya penat, sejak 3 minggu lepas saya rasa badan saya lenguh2 dan sakit2...letih. Pergi ofis dalam keadaan yang ngantuk, huhuhu, banyak betul keje saya. Berkejar nak siapkan report saya untuk bawa masuk dalam meeting. Ohh tidak!!!!! setiap tahun saya berazam untuk tidak buat keje dalam minggu2 terakhir di akhir tahun, sebab ia sangat leceh dan selalu kelam kabut. Tapi semakin nak habis tahun ada je keje yang datang..... 



Tapi minggu ni saya cuti :), bleh ke keje penat yang amat dalam 3 minggu tapi cuti seminggu jek? Patutnya kene cuti 3 mggu jgk la kan? betul tak? betul, betul, betul, hahahhahahaha, dah le jangan la berangan cam upin ngan ipin, dapat seminggu tu cukup le.... lebih2 plak.... huhuhuhuhu...

Apa yang saya nak buat seminggu ni? isshhhh.... macam-macam.... qada' tido, qada' tengok tv sampai malam2, qada' jalan2, window shopping, mengulit2 buku yang menanti queu tu (ohhhh rasa bertanggungjawabnya nk ngabiskan baca buku2 tu :) ), wah kejap je da boleh list out aktiviti yang membahagiakan ini,  wink!!!!.

Kepada yang bekerja, kerja molek2 la eh, jangan tension2 tengok orang cuti :). Untuk saya apa lagi perkataan yang terbaik? Tidak terucap dengan kata2 bila dapat bermalas-malasan seminggu ini.... yieeeehaaaaa!!!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Fakhri Demam Campak!!!!!

Minggu lepas, hari ahad malam badan Fakhri panas, sampai kaki-kaki dia pun panas. Takut juga, kena high fever yang teruk. Pagi Isnin sebelum pergi kerja, saya bawa dia ke klinik. Doktor ada pukul 8 pagi. Alahaiii.... mak nak pegi keje nih... macam mana? Abah dia yang bawa lepas tu. Doktor dah bagi ubat, petang saya ambil dia babysitter cakap dia tak meragam, badan dah tak panas. Malam tu badan dia panas balik, bagi ubat berpeluh-peluh badan dia, dah sejuk sikit baru dia tidur balik.

Hari Selasa Johor cuti, awal Muharram. Saya dengan Fakhri kat rumah. Dia bangun siang badan dia panas lagi, melepek je..... tak nak main.... nak baring je. Saya bagi ubat, dah sejuk badan dia baru dia main. Lepas tu saya bagi je ubat sampai malam, besoknya saya kerja macam biasa, dia pun tak meragam. Hari Khamis saya hantar pagi tu ok, petang saya ambil dia dah mula nampak merah2 kat muka dia, abis la muka dia yang putih tu. Jumaat pagi pergi klinik, doktor cakap alahan biasa. Tengahari saya jenguk dia, dah mula naik kat badan, tangan dan kaki dia. Tak sedap hati dah ni, saya telefon abah dia, cakap dia ni kena campak. Abah dia cakap tak, sebab dah jumpa doktor, doktor cakap alahan biasa. Malam tu saya ajak pergi klinik lagi, Klinik Keluarga, Dr Roszalina kat Pulai Perdana. Sah!!! Dr cakap demam campak. Dr cakap kalau baby kena tak la teruk sangat, kena macam ni la merah2 seluruh badan atau mungkin kat muka je. Naluri ibu ni selalunya betul... kan saya dah cakap dengan abah dia kena campak... abah dia ni yang cakap bukan. Nasib baik dia tak meragam sangat, masa keluar merah-merah tu dia tak nangis pun..... demam dia pun dah baik. Kesian dia.... takpe la Fakhri, sakit tu ujian Allah, kalau kita diuji maknanya kita dalam perhatian Allah  :). Ini gambar-gambar dia masa kena campak.





Tuesday, December 7, 2010

My Boy is Growing Up !!!!

Anak dah pandai apa? Soalan biasa untuk orang yang baru ada anak sorang seperti saya :). Kalau nenek telefon selalu tanya macam ni, Fakhri buat apa? Dah pandai apa? Kalau orang atau mak saya yang tanya macam tu boleh tak jawab macam ni, 'tengoklah blog saya, ada banyak entri pasal anak saya kat situ'. Agak-agak marah tak mak saya eh? hahhahaha, Mau kena pelangkung agaknya waahahahahah!!!!

Dah besar dan sangat manja, 9 months +++ ,tak sampai hati kalau taknak layan, asyik nak menyelit je..... Dah pandai apa? Dah pandai sepah, pandai koyak kertas, pandai baling barang, dah pandai berdiri, ketawa2, senyum2, kalau orang marah buat tak tau je.... macam takde apa2 yang berlaku..... hehehehhe

Macam tu la kita dulu, proses pembelajaran memang mengambil masa. Daripada koyak2 kertas nanti pandai tulis2 kat kertas pulak. Mendidik itu perlu masa, daripada sia-sia menjadi berguna ye tak?

'By this week, your baby will start to remember more specific information, such as where her toys are in your house. She'll also be able to imitate actions she's seen as long as a week before.'

'These skills indicate that she has recall memory — the ability to remember some details of a specific experience for a short time — though she still doesn't remember most of her experiences. Long-lasting conscious memory of specific events won't develop until your baby's second or third year, when real language emerges.' klik sini

Fakhri macam tu jugak, dah kenal dan ingat orang, kalau dah siap2 pakai tudung atau saya hilang, dah nangis pulak, tak boleh tinggal :)

'Your baby can now put objects in a container and remove them. Give her a plastic bucket and some colorful blocks so she can practice this new skill. (Make sure they're not so small that she can swallow them.) She also likes toys with moving parts, such as knobs, levers, or doors that open and close. Big plastic cars that your baby can wheel around on the floor are fun playthings, too.'

Saya ada beli satu toy, bola yang dekat atas dia ada monyet. Fakhri memang suka main ni, kejar2 bola tu sampai masuk bawah meja lepas tu terhantuk, adoyai!!!!!
 
'If you take a toy away from her, your increasingly assertive baby is likely to object. She's really starting to be able to make her needs and wants known. Some sound advice: Give her something new before you take the other object away.'

Fakhri suka panjat2 badan mak dan abah dia, sebab kadang-kadang kalau kita ambil something dari dia seboleh2 dia nak dapatkan, uhhh!!! sakitnya... tapi kalau dia tak panjat tak best pulak :)

'About half of babies this age will initiate passing games — giving away objects and then taking them back. Be her playmate. Try rolling a ball to your baby and see whether she rolls it back to you. Give her a sorting toy or stacking rings and see if she sorts or stacks or hands the pieces to you. She'll also like to share her food, so accept these "gifts" graciously.' klik sini

ohhh definitely I accept this gift graciously. Sekarang pun dah pandai pegang dan makan 'baby bites' sendiri, Fakhri makan satu, mak makan satu eh!!! :)

Ini gambar terbaru Fakhri.







What Makes You Feel Better?

Kalau dalam keadaan saya yang kadang-kadang stress tentang kerja atau bila ada seseorang yang kita rasa sangat annoying, saya suka mencari-cari wisdom words yang boleh menenangkan  saya. Saya pun tak tahu kenapa, sedari saya sejak sekolah menengah lagi saya suka kumpul quotes yang best2 ni. Dulu saya ada simpan satu buku, kalau jumpa quotes di mana2 pun saya akan tulis dalam buku tu. Saya rasa sampai sekarang pun saya suka nk cari quotes ni. Cuma kadang-kadang bila masa yang ada tu tak mengizinkan saya buat macam saya buat lebih 10 tahun dulu, itu yang membuatkan saya terhenti seketika.

Jalan-jalan di MPH bookstore di Jusco Taman Universiti, saya ternampak bookmark ini. Saya pun memang tengah cari bookmark, susah pulak baca buku lepas tu lupa berhenti kat mana. Tapi tak nak la juga beli bookmark yang biasa-biasa je. Yang saya beli ni pun bukanlah luar biasa sangat, tapi it's good enough to makes me feel better :)



Salam Aidil Adha

Dah lama saya buat entri ini, tapi berkurun lama dalam draf sahaja. Kenapa? Sebab saya malas nak update blog ini hahahahhaha. Semoga kemalasan tidak sering melanda diri saya selepas ini, azam tahun ini nak update blog selalu... KPI (Key Performance Indicator) saya tahun baru ni ngeeeeee......

Hari raya Aidil Adha yang lepas saya balik rumah ibu mertua dahulu sebelah pagi sebab nak korbankan seekor lembu di rumah itu. Saya pun tak pernah tengok betul-betul orang buat korban ni. Dulu abah saya buat korban pun bukan  buat di rumah, tapi bayar je terus kat masjid dan semua orang masjid uruskan. Tapi yang ni first time la ni saya tengok betul-betul. Ohhh!!! saya teruja.... :). Ini gambar-gambar yang sempat saya snap. Kesian lembu tu, saya panggil si Puteh.... hehehehhe.









Narrated Al-Bara': I heard the Prophet (p.b.u.h) delivering a Khutba saying, "The first thing to be done on this day (first day of 'Id ul adha) is to pray; and after returning from the prayer we slaughter our sacrifices (in the name of Allah) and whoever does so, he acted according to our Sunna (traditions)."
 

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah (1432)

1 Malaysia, 1 Ummah tema tahun ini. rasa-rasanya saya nak search tema Maal Hijrah tahun-tahun lepas. Dah baca doa awal dan akhir tahun ke? InsyaAllah kita doa sama-sama agar dapat buat lebih baik dari tahun sebelumnya.

Apa hikmahnya doa-doa yang kita baca? Kenapa kita perlu baca? Atau pun sekadar baca sahaja, memenuhi sambutan Maal Hijrah itu sendiri. 

Doa akhir tahun dibaca sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib. Ini kita dah tutup segala diari lama kita dan kita bersedia untuk memulai kehidupan yang baru, yang lebih baik, yang ada perubahan (perubahan ke arah kebaikan, InsyaAllah), dan mungkin permulaan kehidupan yang baru. 

 Maksud Doa : 
Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka akmi memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa awal tahun pula dibaca selepas waktu Maghrib, indahnya Islam inilah dia, tertibnya terserlah, telah tutup diari lama dan sekarang dengan azam dan harapan kita mulakan kehidupan dalam tahun yang baru, Masya Allah!!!!

Maksud Doa :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-epada kejahatan dan kami memtenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik kebaik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". Semoga bermunafaat.





Sunday, December 5, 2010

Tips untuk new blogger (macam saya)

 

Blogger yang dah lama tapi baru nak belajar... saya la tu....macam orang dapat driving license tapi tak practice, lesen dah dua tiga tahun usia sekali baru dapat pegang keta, kena la belajar balik, dah lupa dan kekok.

Sama la saya sekarang ni. Blog dah ada sejak 2007 tapi nak mengupdate baru sekarang. Saya dapat tips berguna dari Mel Romeo, perkara atau benda yang tidak sepatutnya ada dalam blog kita. Kalau macam yang dia tulis tu tak payah le nak letak MP3 ke you tube ke sebab kalau nak buka nanti lambat sangat, lagi pun gunakan bandwith yang besar. Betul. Saya pun tak berkenan sangat nak letak benda2 tu kat blog saya.

Lagi satu yang saya ikut tips dia kalau orang nak komen blog kita tak payah le letak verification words tu, sebab memang kadang-kadang susah, tk betul2. Saya sendiri pun pernah berulang kali buat verification tu, kalau meninggalkan jejak kat blog2 yang saya follow. Tak naklah readers boring nak verified jek huhuhuhu.

Banyak lagilah tips yang dia bagi. Ada lagi satu kalau buat entri letak le gambar, baru orang nak baca, ha betul2. Sebab tu ada entri saya kekal draf jek, termalas pulak nak upload gambar dari hp hehheehhe.

Boleh juga jengah blog Sukiprattle. Saya belum jengah sangat tapi mmg tips berguna untuk blogger baru. Tapi apa pun ikutlah kesukaan masing2, nak letak apa2 pun, janji happy ye :) Nk letak gambar apa untuk entri ini ye hmmmm

Wednesday, December 1, 2010

Contest Anjuran Sinar Raudah

Saya nk masuk contest ni, first time nih nk masuk hehehhehe. Contest ni anjuran Sinar Raudah dan ditaja oleh Anakku.

Terima kasih dkt kak ngah, tgk blog dia baru la tau ada contest nih. Kak ngah kita pun dah follow blog akak hehhehehe. Ni gambar yang dicalonkan heheheheh.


Nama : Fakhri Ahmad Ziqri bin Julfiadi
Tarikh lahir : 24 Februari 2010
Nama Ibu : Hazida Binti Abdul Razak

Boleh la nanti like kat fb Sinar Raudah kalau dia dah upload nnti ye.

Tuesday, November 30, 2010

Laptop Baru Saya

 Bateri terjojol sket, jadi mcm tempat letak netbook ni

 Kecik je, senang bawak :)

Dah lama sebenarnya, bulan April kot agaknya saya beli netbook ni. Menggantikan laptop lama saya yang mcm dah tak minat dah nk pakai, huhuhu, habis madu sepah dibuang :(, banyak jasanya laptop Compaq saya yang lama tu. Dapatlah RM 800 kawan saya tolong cari buyer, boleh buat tambah nk beli netbook baru ni.


Saya beli netbook ni sebenarnya nak cari yang senang bawa, kecik lg pun nk berfb dan berblog je kat rumah. Memblogger pun baru nk start nih, beriya sampai pasang streamyx kat rumah, menanam azam yang kukuh untuk berblogging secara konsisten.... chewwahhhh!!!! Blog dah wujud sejak 2007 lagi tp entri baru ciput....:)

Saya pilih Netbook HP 210-1101TU (WZ577PA). Berminggu2 jugala buat survey, tgk spec kat HP website. Terima kasih kat kawan saya Andik Fakhruddin aka gopalbiol (yahoo ID), biol btl baru ko tau yg tolong carikan netbook baru ni dan dapatkan buyer untuk laptop lama saya. Sorilah mcm-mcm saya mntak diskaun, brg free lg, biasalah kata member ye tk? Bungkus bisnes kawan aku huhuhuhu

Ini spec detail. So far saya guna sangat ok, tkde masalah sangat. Setakat nk berfb dan berblog tu pada saya oklah sangat, kalau kat opis manala ada masa nk tgk semua ni.

System features
Operating system installed Genuine Windows® 7 Starter 32-bit
Processor Intel® Atom™ Processor N475
• 1.83 GHz, 667 Mhz FSB
Chipset Intel® NM10 + ICH8m
Memory
Standard memory 1 GB DDR3 (1 x 1024 MB)
Maximum memory Supports up to 1 GB DDR2 memory
Memory slots 1 user accessible memory slot
Storage
Internal drives 250 GB SATA Hard Disk Drive 7200 rpm
Graphics
Display size (diagonal) 25.6 cm (10.1") diagonal WSVGA LED HP BrightView Infinity Display
Display resolution 1024 x 600
Graphics Intel® Graphics Media Accelerator 3150 (shared)
Expansion features
Ports 1 VGA port
1 headphone-out/microphone-in combo jack
3 USB 2.0 ports
1 RJ45 ethernet port
Slots 5-in-1 integrated Digital Media Reader for Secure Digital cards, MultiMedia cards, Memory Stick, Memory Stick Pro or xD Picture cards
Media devices
Audio features Generic, stereo
Input devices
Pointing device HP Clickpad with On/Off button
Keyboard 93% Full size island-style keyboard
Communications
Network interface Integrated 10/100BASE-T Ethernet LAN
Wireless technologies 802.11 b/g/n
Bluetooth® wireless networking
Dimensions and Weight
Product weight 1.36 kg
Product dimensions (W x D x H) 26.8 cm (L) x 17.8 cm (W) x 2.29 cm (min H) / 2.83 cm (max H)
Power
Power supply type 40 W AC Power Adapter
Battery type 6-cell Lithium-Ion (Li-Ion) battery
Energy efficiency compliance ENERGY STAR® qualified
Security management
Security management Kensington® MicroSaver lock slot; Power-on password; Accepts 3rd party security lock devices
What's included
Warranty 1 year, parts and labour
Software included HP Wireless Assistant
HP Support Assistance
HP Software Update
Adobe Reader
User Guide Documentation
Recovery Manager
HP Connection Manager (For WWAN model only)
Sun Java VM
HP QuickWeb
HP CloudDrive (Not available for China)
HP QuickSync
Adobe Flash Player
Symantec™ Norton Internet Security 2010 Consumer (60days live updates)
Microsoft® Works (Only available in selected countries)
Office Trial: Microsoft® Office 2007 Home/Student (60 day Trial) (Only available in selected countries)
Office Ready: Microsoft® Office 2007 Pro (60 day Trial) Center (Only available in selected countries)
Color Mini 210-1105TU: Black with Crystal pattern
Mini 210-1103TU: Pacific Blue
Mini 210-1101TU: Silver with Crystal pattern
Mini 210-1102TU: Sonoma Red

Harap2 dapatlah selalu saya update blog lepas ni, semua dah ada tggl nk taip jek hehhehehe....Kalau malas jugak tk tau la nk ckp Puan Hazida ye..... :)

Friday, November 26, 2010

Extraordinary Measures

Saya baru sahaja tengok movie ini. Best pulak cerita dia. Baik2 tak tau 'pompe disease 'tu apa jadi tau pulak. Ada pulak penyakit genetik yang menyebabkan kegagalan ataupun gangguan pada hati dan otot untuk berfungsi. Itu lebih kurang maksud 'pompe disease 'dalam Bahasa Melayu (translate dari sini dan maklumat lanjut di sini).

Cerita ini tentang seorang bapa yang mana dua daripada tiga orang anak dia menghidapi penyakit ini. Dia berjumpa dengan seorang saintis yang mana telah bertemu penawar ataupun setidak2nya vaksin yang boleh menyelamatkan nyawa anak dia.Sesiapa yang mengidap penyakit ni cuma boleh bertahan paling lama pun 9 tahun. Tetapi oleh kerana tiada orang yang percaya tentang kajian beliau dan tkde dana (grant research) yang boleh menjadikan vaksin itu sah diuji menyebabkan kajian tersebut hanya teori dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.

Demi menyelamatkan nyawa anak dia, bapa ni sanggup mengambil risiko dan bersetuju menaja tentang kajian tersebut, mengumpul dana, derma dan sebagainya sehinggalah ia dapat dibuktikan sebagai vaksin yang dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Apa yang menarik ialah tepat sangat dengan label movie ni 'Don't hope for a miracle make one'. Betul. Kena usaha, ikhtiar dulu barulah bertawakal pada Allah.

Actor dia pun best2 cerita ni. Saya rasa Brendan Fraser ni sangat sesuai berlakon cerita2 family ni, selalu sangat bawak watak bapak2 ni.

Sinopsis penuh movie di bawah ini. Bagus untuk ditonton movie macam ni, sambil tengok sambil belajar, saya pun baru tau pasal pompe disease. Macam2 penyakit kat dunia ni.

Untuk lihat movie trailer, posters dan sebagainya juga boleh di sini.

Inspired by an incredible true story, the CBS Films docudrama portrays one father’s desperate quest to save his children from succumbing to a rare life-threatening genetic disorder. Working-class father John Crowley (Brendan Fraser) is finally on the fast track to corporate success when his two young children, Megan and Patrick, are diagnosed with Pompe disease — a condition that prevents the body from breaking down sugar. In time, it disables the heart and the muscles, ultimately resulting in death. With the support of his wife, Aileen (Keri Russell), John ditches his career and teams with unconventional specialist Dr. Robert Stonehill (Harrison Ford) to found a bio-tech company and develop a cure in time to save Megan and Patrick’s lives. As Dr. Stonehill works tirelessly to prove the theories that made him the black sheep of the medical community, a powerful bond is forged between the two unlikely allies. Still, their greatest struggle is yet to come.

Sunday, November 14, 2010

Majlis perkahwinan Noor Haslan Sallehudin & Ruziyana Arepin

30 Oktober 2010, kawan saya Noor Haslan Sallehudin bertemu jodoh dengan pasangannya Ruziyana Arepin. Majlis diadakan di Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Dah bertahun rasanya saya tak ke Kota Tinggi ni, seingat saya masa kakak saya mengajar di Bandar Mas Kota Kota Tinggi, kebetulan pulak dekat dengan Papan Timur ni. Saya suka jalan masuk ke Felda ni, banyak pokok-pokok merimbun kiri dan kanan jalan, suasana tak berubah seperti satu masa saya pernah ke sana dahulu. Saya pergi majlis sebelah perempuan, nak pergi ke Tangkak jauh sangat, lagi nk bawa baby Fakhri, saya pergi yang dekat je la ye..... hehhehe

Ini gambar-gambar pengantin bersanding. Ada outdoor jgk, sangat cantik gambar outdoornya. Kawan saya ni kecik je, isteri pun kecik molek, bersanding macam pengantin budak-budak pulak :), comel2 je dua2.


Gambar outdoor di Batu Layar Kota Tinggi oleh Azra Azizi Elias

Kad jemputan, ada gambar kartun lagi....

Makan damai, (sgt berkenan deko buah-buahan tu :))


Untuk Lan dan Yana, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah :)


















Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Jadi


Hari ini hari jadi saya. Syukur Alhamdulillah, Thank you Allah for giving me another year untuk terus hidup bernafas di bumi ini.

Terima kasih mak dan abah, yang menjadi perantara dan melahirkan saya ke dunia ini. Sesungguhnya walau dengan apa sekalipun tak mampu untuk saya balas segala penat lelah, keperitan, kesusahan sewaktu membesarkan saya.

Terima kasih untuk suami Julfiadi bin Maskor, yang selalu memahami, yang selalu sabar dan melayan karenah-karenah saya. InsyaAllah saya sentiasa berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal ke hujung nyawa , dilimpahi cinta dan kasih sayang dan diberkati Allah selalu.

Terima kasih Fakhri Ahmad Ziqri bin Julfiadi, kerana menjadi anak yang sentiasa membuat hati mak gembira, rindu padamu. Mak sentiasa berdoa agar dirimu dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah S.W.T

Terima kasih buat sepupu-sepupu, rakan-rakan yang menulis di wall facebook saya, ucapan dan doa kalian sangat-sangat saya hargai. Semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan antara kita kekal ke akhir hayat.

Terima kasih Hazida Binti Abdul Razak, kerana sentiasa berusaha memperbaiki diri dari hari ke hari, membuat yang terbaik dalam kehidupan dan tidak mengalah pada keperitan . Semoga dapat istiqomah dalam mempertingkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Sesungguhnya hidup ini penuh liku dan ranjau, maka tabahlah. Semoga beroleh keberkatan dari yang Maha Esa.

Terima kasih, syukran Ya Rahman. TanpaMU siapalah aku.

Friday, October 29, 2010

Sejarah dan Patriotisme

Jarang-jarang sekali kita mahu mengingati sejarah dan patriotisme, kecuali bila tiba 31 Ogos setiap tahun. Pada masa itu barulah sejarah Malaysia diingati semula, kisah penjajah diletak sama dengan berita utama dan juga keluarlah drama-drama berunsur kemerdekaan. Masa itu barulah kita merasa di tahap mana semangat patriotisme dalam diri masing-masing.

Berita yang saya baca pada hari ini sangat menyentak perasaan saya. Orang muda buta sejarah! Kenapa?

Hari kemerdekaan Malaysia pun ada yang tidak tahu... sungguh saya tidak sangka..... itulah rakyat Malaysia... dan saya salah seorang dari warganya. Amat menyedihkan....

Saya masih teringat sewaktu belajar subjek sejarah di sekolah. Memang.... ramai di antara kawan-kawan saya tidak pernah merasa seronok dengan subjek ini. Mereka lebih rela menekan-nekan butang kalkulator dari membelek-belek helai cerita sejarah. Pada mereka sejarah sesuatu yang lama, sukar nak menghafal fakta dan tiada yang penting. Sejarah cuma cerita basi, sultan yang zalim dan rakyat yang ditindas. Cuma itu-itu sahaja.

Kalau kita tahu sejarah, pastinya tak berlaku pergaduhan antara kaum Melayu dan India sedikit masa dahulu, kerana kita pasti perpecahan kaum hanya membawa keburukan seperti peristiwa berdarah 13Mei 1969.

Kalau kita fahami sejarah, pastinya kita selalu bersyukur, betapa sukar dan payah untuk memerdekakan diri di tanah dan bumi sendiri. Dan kalau kita belajar dari sejarah, pastinya kita tidak meniru gaya hidup hedonisme barat seperti yang berlaku pada remaja kita hari ini.

Sejarah bukan itu-itu sahaja. Tetapi di dalamnya terselit kehidupan, semangat, cabaran, jiwa dan roh yang harus diteladani untuk kehidupan akan datang. Sejarah itu pengalaman, pengajaran, teladan dan intipati untuk merentas alam.

Apabila kerajaan mengumumkan cuti umum pada setiap 16 September, saya kira itu sesuatu yang sangat baik. Sekurang-kurangnya warga Malaysia tahu satu lagi peristiwa bersejarah dalam negara sendiri. Dan apabila sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib, kita mengharapkan agar generasi muda hari ini lebih bersungguh-sungguh untuk mengetahui profil hidup Malaysia.

Soalan-soalan di bawah adalah soalan-soalan yang ditanya dalam satu soal selidik yang dijalankan oleh Utusan Malaysia. Sangat sedih jawapan-jawapan yang diberi... Hari Merdeka pun ada yang tidak tahu.

1. Tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia - 31 Ogos 1957

2. Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2010 - 1Malaysia Menjana Transformasi

3. Prinsip Rukun Negara Ketiga - Keluhuran Perlembagaan

4. Cogan kata negara - Bersekutu Bertambah Mutu

5. Tarikh penubuhan Malaysia - 16 September 1963

6. Lagu Kebangsaan Malaysia - Negaraku

7. Nama bendera kebangsaan Malaysia - Jalur Gemilang

8. Bilangan negeri di Malaysia - 14

9. Perdana Menteri Malaysia pertama - Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan)

10. Perdana Menteri Malaysia keenam - Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Maklumat lanjut di sini.

Kalau kita lupa, ada pelbagai cara untuk kita ingat. Kalau kita tidak tahu, ada bermacam kaedah untuk kita menjadi tahu. Jangan salahkan sistem pembelajaran yang tidak menarik, jangan menuding kepada dasar yang diamalkan sebelum ini, tetapi lihatlah ke dalam diri, setinggi mana hasrat kita untuk mengetahui dan mempelajari.

" Sejarah adalah guru yang baik hati. Kita banyak belajar darinya. Kita memarahinya tapi juga kita menyayanginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf... juga memperjelaskan kepada kita siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini...."
Shahnon Ahmad (Antologi Cerpen Seketul Hati Seorang Pemimpin)

Tuesday, October 26, 2010

Tempat tidur

Di tempat orang....

Senegal



Kenya



Phnom Penh, Cambodia



Kathmandu, Nepal



Yunnan, China



Rome, Italy


Tempat tidur Fakhri....

Fakhri bermain.....
Beza. Sangat berbeza. Ada orang yang jauh lebih teruk keadaannya di luar sana. Harus renungi, insafi dan syukuri apa yang kita ada selama ini.... :). Sumber lanjut di sini

Sunday, August 22, 2010

I'tiraf


Lagu I'tiraf dari kumpulan Raihan ini selalu saya nyanyikan untuk dodoian Fakhri. Kalau emak2 kita dulu, selalu dengan Lailahaillallah, saya kira lagu ini lebih menyentuh jiwa. Kalau lah kita dapat hayati setiap lirik dan bait lagu ini, nyatanya sebagai hamba banyak yang perlu ditekuni dan dilihat kembali dalam diri. Ini bait yang indah dan berkesan untuk dihayati oleh setiap anak-anak kita. Saya selalu tahu(walaupun belum sempat mengkaji secara detail), minda separuh sedar (subconcious mind) sangat aktif ketika tidur,(kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang kita lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu, (lihat http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/minda-separuh-sedar-subconcious-mind/).

Justeru, saya fikir lagu ini adalah satu sisi perancangan output yang baik untuk jiwa dan hatinya. Terkadang saya jadi gusar dan bimbang, untuk memikul tanggungjawab mendidik, membesarkan serta mendewasakan Fakhri dengan 'life skill' yang cukup ampuh untuk dia merentas dunia. Melihat dan meneliti setiap yang berlaku pada dunia hari ini, saya kira pengisian rohani adalah kunci untuk kita meneladani anak-anak supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan. Saya menjadi terlalu 'concern' apabila sudah bergelar ibu, kerana betul kata kebanyakan orang, kalau tak jadi ibu, takkan rasa susah payah, penat lelah dan kebimbangan seorang ibu. Sejak 24 Februari 2010 (kelahiran Fakhri) saya kira saya sudah merasa keadaan itu. Sesukar mana sekalipun, InsyaAllah saya dan abahnya tidak pernah merasa sukar, kerana inilah permata hati yang kami nantikan sebagai penyeri hidup kami :).

I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu