Kalau dalam keadaan saya yang kadang-kadang stress tentang kerja atau bila ada seseorang yang kita rasa sangat annoying, saya suka mencari-cari wisdom words yang boleh menenangkan saya. Saya pun tak tahu kenapa, sedari saya sejak sekolah menengah lagi saya suka kumpul quotes yang best2 ni. Dulu saya ada simpan satu buku, kalau jumpa quotes di mana2 pun saya akan tulis dalam buku tu. Saya rasa sampai sekarang pun saya suka nk cari quotes ni. Cuma kadang-kadang bila masa yang ada tu tak mengizinkan saya buat macam saya buat lebih 10 tahun dulu, itu yang membuatkan saya terhenti seketika.
Jalan-jalan di MPH bookstore di Jusco Taman Universiti, saya ternampak bookmark ini. Saya pun memang tengah cari bookmark, susah pulak baca buku lepas tu lupa berhenti kat mana. Tapi tak nak la juga beli bookmark yang biasa-biasa je. Yang saya beli ni pun bukanlah luar biasa sangat, tapi it's good enough to makes me feel better :)
No comments:
Post a Comment