Gratitude helps you to grow and expand.
Gratitude brings joy and laughter into your lives
and into the lives of all those around you.

Wednesday, December 15, 2010

Fakhri Demam Campak!!!!!

Minggu lepas, hari ahad malam badan Fakhri panas, sampai kaki-kaki dia pun panas. Takut juga, kena high fever yang teruk. Pagi Isnin sebelum pergi kerja, saya bawa dia ke klinik. Doktor ada pukul 8 pagi. Alahaiii.... mak nak pegi keje nih... macam mana? Abah dia yang bawa lepas tu. Doktor dah bagi ubat, petang saya ambil dia babysitter cakap dia tak meragam, badan dah tak panas. Malam tu badan dia panas balik, bagi ubat berpeluh-peluh badan dia, dah sejuk sikit baru dia tidur balik.

Hari Selasa Johor cuti, awal Muharram. Saya dengan Fakhri kat rumah. Dia bangun siang badan dia panas lagi, melepek je..... tak nak main.... nak baring je. Saya bagi ubat, dah sejuk badan dia baru dia main. Lepas tu saya bagi je ubat sampai malam, besoknya saya kerja macam biasa, dia pun tak meragam. Hari Khamis saya hantar pagi tu ok, petang saya ambil dia dah mula nampak merah2 kat muka dia, abis la muka dia yang putih tu. Jumaat pagi pergi klinik, doktor cakap alahan biasa. Tengahari saya jenguk dia, dah mula naik kat badan, tangan dan kaki dia. Tak sedap hati dah ni, saya telefon abah dia, cakap dia ni kena campak. Abah dia cakap tak, sebab dah jumpa doktor, doktor cakap alahan biasa. Malam tu saya ajak pergi klinik lagi, Klinik Keluarga, Dr Roszalina kat Pulai Perdana. Sah!!! Dr cakap demam campak. Dr cakap kalau baby kena tak la teruk sangat, kena macam ni la merah2 seluruh badan atau mungkin kat muka je. Naluri ibu ni selalunya betul... kan saya dah cakap dengan abah dia kena campak... abah dia ni yang cakap bukan. Nasib baik dia tak meragam sangat, masa keluar merah-merah tu dia tak nangis pun..... demam dia pun dah baik. Kesian dia.... takpe la Fakhri, sakit tu ujian Allah, kalau kita diuji maknanya kita dalam perhatian Allah  :). Ini gambar-gambar dia masa kena campak.





4 comments:

Kak Amy said...

As'salam..

alahai sianya.. semoga cepat sembuh ye..

Azi81 said...

Amy: Thank u ye Auntie Amy, Fakhri dah sihat dah :)

Kak Amy said...

As'salam..

amy singgah melawat tuan rumah , sihat ke baby macam mane , dah sembuh ke..

Azi81 said...

Amy : Alhamdulillah, sihat dah, demam panas nasib baik 2 ari je, lepas tu keluar campak dia, 2 3 ari, skrg dah hilang terus dah :)